>

belog

close window

Sunday 15 December 2013

Trip to Bukit Bendera


Hello hello hai !!!

Entri untuk blog hari ni  "Kami ke Bukit Bendera Pulau Pinang" 

Nak tahu x..ni la first time Hajar sampai Bukit Bendera tau..kesian kan..walaupun duduk kedah ja tapi first time sampai sini..thank you untuk someone sebab bawa Hajar ke sini..kalau dia x bawa memang x sampai la sini..thank you so much :)

Agak excited juga la bila sampai sini..kami sampai pagi dalam pukul 10 rasa nya..x ingat sangat pukul berapa sampai..terlalu excited la kata kan..hehe..tapi memang time pagi la kami ke sana..

Harga tiket untuk naik cable car RM 10.00 untuk dewasa..istimewa nya kami bila jadi student..cuma tunjuk kan kad matrik dapat la harga RM 5.00 untuk seorang..murah kan :)

Bila dah sampai ke puncak Bukit Bendera terasa sejuk dengan ditemani kabus yang agak tebal pagi tu..memang best..rasa macam dekat luar negara..hehe..menarik juga tempat nya..bole lihat pemandangan tapi malang nya nasib Hajar bila sampai ja sana x sempat jalan lagi kasut bole pula terputus time tu..sedih2 :( terpaksa la ambik pin..pin kan tali kasut tu untuk sambung balik..jalan juga la dengan kasut putus tu..huhuhu..

Lepas turun dari Bukit Bendera kami terus pergi ke Taman Negara, Teluk Bahang Pulau Pinang..dekat situ baru la dapat ganti kan kasut yang terputus tadi..Alhamdulillah selesa nya nak berjalan :) 

Jom review gambar-gambar yang telah kami snap :)

Welcome to Penang Hill

Time tunggu cable car






Yuhuuu !!! Bukit Bendera

Moh kita skodeng..haha !!!

Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang


 
Kayu Peramal Cuaca..Serius lawak..Cer baca..Hahaha !!!
 


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 12 December 2013

PERCINTAAN JARAK JAUH


Haiii semua...
Rasa mcm dah lma x update blog kan..hurmm mmg lama..dan tersangat lama..

Entri terbaru utk blog hari ni PJJ Utara & Selatan..Tahu kan PJJ tu ;) Percintaan Jarak Jauh..Haaa lebih kurang macam tu la tapi xjgk ( iklan KFC ) haha..

Banyak pengorbanan sebenarnya untuk PJJ ni..pengorbanan dalam hubungan..keikhlasan dalam hubungan , kejujuran , kepercayaan , kesetiaan apa2 ja la yang berkaitan dengan "KE" dan "AN" hehehe..

Macam kisah kami SH..sorang dekat selatan lagi sorang dekat utara..haaa mcm mana cita tu..cita nya macam tu la..haha..SH tu sebenarnya stand for Shahir_Hajar ( SH ) mcm dekat cursor blog ni pon ada tulisan bergerak SH jgk kan..tu la maksud sebenarnya SH ni :)

Dia dekat KL..aku plak kt kedah..mmg utara selatan kan..jauh macam mana sekali pon tu bukan halangan untuk kami tapi jarak yang jauh tu la lagi mengeratkan lagi hubungan kami walaupun ada juga rasa rindu kan..ha biasa la tu rasa rindu macam ni..semua orang akan rasa rindu..right ?

Tahniah Untuk Kami..Hehe

Semoga kami ke jinjang pelamin :)


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 23 May 2013

Episod Cinta


Jatuh Cinta, mungkin ?

Tak terfikir !
Terlintas awak akan tiba,
Membawa kehidupan yang baru.

Tak terfikir !
Terlintas awak akan membuka,
Sempadan perasaan ini.

Tak terfikir !
Terasa seperti berada dalam mimpi,
Mimpi yang nyata.

Tak terfikir !
Separuh hati dimiliki nya,
Dicantumkan bersama separuh hati nya.

Tak terfikir !
Kasih dan sayang,
Beralih kepada insan yang digelar muslimin.

Tak terfikir !
Cinta berputik antara kita,
Menyemarakkan lagi perhubungan ini.

Tak terfikir !
Kita akan bersama,
Menjalinkan hubungan yang halal disisiNya,
Suatu hari nanti.

-Handmade by : Jari Jemari Hajar Aziz-


# Sesaja testing..Hehe #

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Wednesday 15 May 2013

Usahawan Yang Tak Berjaya !



Re-upload picture time Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Last sem dekat Kolej Komuniti..

Dengar ceramah usahawan :-

Aina & Nad (SPS)
With Mamamariina..Haha..Marina :)
Qis & Sue
Sks 4B
Hari Usahawan :-
Sks & Sps
Fyra & Zati


Qirul & Mira
SKS 4C
Friend SKS 4C
Meragam time pensyarah xmsuk lgi..hehe

Paling xbest bila jdi senior..sem 4 xbes..sbb nya bila jdi senior abg2 senior dah xdk..xkn nk usha junior kot..hahaha..gedikkk..ZzZzZzZ !

Tapi mmg xbes jadi senior..lbih suka jadi junior..Hehehe..Pelik sikt dari orang lain..

K bubye..xdk ayat nk tulis panjang2..

Assalamualaikum :)



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Monday 13 May 2013

Oh ! KampungKu Kodiang



Panaih kot ptg nih..adoeiiii..teqasa bahang baq hg..hat dok tdoq lena pon trjga sbb panaih pnya pasai..hat dok tdoq lena tu aku la..hahaha..aiyaa..

Entry kali sebenaqnya nak tuleh pasai..ermmm pasai Kampung Kandis Mukim Pering 06100 Kodiang,Kedah..Aku heqan betui la klau hbaq kata dok Kodiang ja ada la yg mula nak gelak tpi pasai apa arh..haishh konfius aku pon..Depa ingat Kodiang ni apa..Hampa jgn main2 dengan orang Kodiang..Hahaha..

Ni nk hbaq mai Kodiang bkn dok ulu mna sgt pon..Bukan mcm hampa p Baling,Sik nuh..Mau kata blah sana kot ya la ulu..Mungkin depa-depa tu kenai orang-orang blah Guar Napai dengan Napoh kot noh sbb tu depa kata ulu..Kot blah tu kiri kanan semua pokok getah..Blah2 tmpat aku dok nih mna nak ada aih mcm tu..Yang bnyk pon pokok padi ja..Xcaya ? sat nak bgi bukti..Hahaha..Hampa tgk sendiqi la noh..ckp bnyk pon tarak guna meh !




Tadaaaa..Nih la nama nya Kodiang..Haha..
Tak dak aih melawak ja..Kalau kata Kodiang
cenggini haqi2 aku terjun laut nih..Haha








Ni nama dia Bukit Kodiang..Nampak dk pnuh dgn pokok padi ja..Kan3..Tak bohong aih



Saja letak jln qeta api nih..Sbb xlma lgi perhentian
qeta api depa buat kt Kodiang plak..
Sblm ni ada kt Arau lani depa tkaq plak
buat kt Kodiang..Besa la
Kodiang koi maju dh..Hahaha

Ni namanya Gua Kerbau..Satu2 tmpat reakrasi kt Kodiang nih


Nih pon sama ar Gua Kerbau gk tpi kot blah tepi

Kalau hampa larat..Panjat arh tangga nih..
Naik smpai puncak..
Aku skli pn xpnah smpai kt atas..Haha..
Semput nk pnjat tangga


Lagi 1 Gua Kerbau ni selalu jadi tmpat org buat aktiviti sukan lasak..Buat perkhemahan..Hat org kwen pon dok mai buat outdoor kt sni..Xcaya lagi ? Sat nak tnjuk..Hehe


Contoh org buat wedding outdoor akak aku sndqi lorh..

Nak p Gua Kerbau tu xjauh mna pn dqi rumah..dlm bpa meter ja bkn kilometer okeh..Sapa hat mber2 tau kata rmh aku dkt dgn Gua Kerbau depa buleh noh pnggil aku org gua..kojaqqqq..tibai bqu tau..Hahaha..padahai aku bukan kesah pn..kiqa aci la mngusik2 cm tu dgn mber2..knon nya sweet kn..Hahah..Coihhh..Sesak nafas aku !!!

Dah2..aku xlarat nk meqapu dh nih..Mntak maaf lah klau sapa2 yg bca blog ni..Ada yg xpham dgn perkataan Kedah tu nk bgi pham senang ja..Hampa p try caqi tgk kt Google..Kot2 ada..Hahaha..
Anak jati Kedah mmg cmni..Kalau buleh tu smua dia nk ckp Kedah..Ckp omputeh pon kalau buleh nk gna setai Kedah jgk..Kalau ckp omputeh gna setai Kedah..Memang aku gelak xbeqenti arh..Hahaha..Aku sndqi pn kdang2 lagu tu..Nak bt gena daqah anak jati Kedah dok mngaliaq dlm bdan nih..Tu tak termasuk lgi dgn pelet Siam..Mau trkluaq smua org pkat dok gelak saja..Hahaha..Haishhh dok kata nk beqenti dah p smbung meqapu lgi..tudia la..

Sekali lagi nk mntak maaf noh..Sekian

Eh sat2..jmput2 la mai melawat Kodiang nih..Sekali hmpa mai kot2 xmau balik rumah dh nanti..Hehe..Oke2..Assalamualaikum :)



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu




SELAMAT HARI IBU

21 tahun aku dibesarkan oleh mak,
21 tahun aku diberikan kasih sayang oleh mak,
21 tahun aku di didik oleh mak,

Mak,
Walaupun sebelum ni adik pernah buat mak menangis,
Adik pernah buat mak terguris dengan kata-kata adik,
Adik pernah tinggi kan suara bila bercakap dengan mak,
Adik pernah tak bertegur sapa dengan mak untuk beberapa hari,
Dan adik pernah keluar rumah tanpa pengetahuan mak,
Maafkan adik mak.

Mak,
Kalau la masa boleh diundur semula,
Adik xmau buat semua macam tu dekat mak,
Adik banyak bersalah dengan mak,
Adik langsung tak terfikir apa yang adik buat dulu semuanya berdosa,
Maafkan adik mak.

Mak,
Baru sekarang adik sedar,
Bertapa mulia nya seorang ibu,
Bertapa susah nya mendidik seorang anak,
Bertapa susah nya nak membesarkan seorang anak yang pelbagai karenah nya,
Bertapa perit nya mak menahan kesakitan bila melahirkan adik,
Adik boleh rasa bertapa sakit nya time tu,
Maafkan adik mak.

Mak,
Sebenarnya adik bangga mak jadi ibu adik,
Walaupun sebelum ni mak hidup dengan agama mak,
Tapi selepas bertemu nya mak dengan ayah,
Mak berusaha hidup cara Islam,
Mak berusaha belajar tentang Islam,
Walaupun ada yang tak suka mak dulu,
Tapi mak tabah,
Mak cuba bertahan,bertahan dan bertahan,
Sampai sekarang mak mampu didik kami,
Adik sayang mak.

Adik sayang mak.
Mrs Saowanee Chaimongkhon @ Sawanee Abdullah


Aku bukan malaikat,
Aku hanya lah manusia biasa,
Aku hanya lah insan yang lemah,
Aku hanya lah pendosa tanpa noktah.


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Monday 29 April 2013

Akan Ku Jumpa



Ku mengatur langkah ku
Jalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemani ku

Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu

Hari menanti hari aku masih teguh menanti

Hadir dirimu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku tak kan ku temui

Ku tak kan pernah cuba berhenti

Wajah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu

Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira

Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman berbicara

Cinta jangan sembunyi

Mata ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkah ku
cuba untuk mengejar diriMu



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Saturday 23 March 2013

Adakah mimpi sekadar mainan tidur ?




Dah 2 kali aku mimpi yang macam ni..Persoalan nya adakah sekadar mainan tidur atau sebaliknya ? Keliru...........

Mimpi yang pertama ada sorang akak tu berkali2 bagi nasihat jangan sesekali tinggal solat..Berulang kali akak tu ulang ayat yang sama "Jangan sesekali tinggal solat" sampai aku terjaga dari tidur.....................


Mimpi yang kedua disatu tempat dipenuhi dengan orang..Tak kira kanak-kanak mahupun dewasa..Semuanya berpakaian menutup aurat..Wanita berpakaian serba lengkap menutupi auratnya..Contohnya seperti bertudung labuh,berjubah dan memakai purdah..Bukan saja wanita dewasa berpakaian macam tu malah kanak-kanak juga berpakaian macam tu..Semuanya berpakaian warna putih..Ditempat tu semuanya memandang ke arah aku..Sedangkan ketika itu aku berpakaian menutup aurat tetapi hanya 1 yang aku xtutup iaitu kaki..Aku xpkai stoking..Aku xtutup aurat kaki..Disebabkan semua memerhatikan aku kerana sebahagian aurat aku yang tak tertutup..Aku merasa seolah-olah diri ini berbogel tanpa seurat benang..Malunya aku ketika itu Tuhan saja yang tahu.................# terjaga dari tidur #


Ya Allah...adakah mimpi yang ditunjukkan ini hanya mainan tidur atau sebaliknya ??? Aku keliru dan perlukan penjelasan


-Siti Hajar Abdul Aziz-







Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Saturday 9 March 2013

Proud with AHMED DEEDAT







Sheikh Ahmed Hussein Deedat..Dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma,tawadhuk dan bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah Kristian.

Antara tajuk debat yang paling aku suka :

Lapan Hujah Yang Tidak Dapat Dibantah

1. Ayah dan Ibu :
  •  "Musa mempunyai seorang ayah dan ibu.Muhammad juga mempunyai seoarang ayah dan ibu tetapi Jesus hanya mempunyai seorang ibu dan ayahnya bukan seorang manusia.Apakah hal ini benar ?" tanya Ahmed Deedat kepada Dominee (ahli debat Kristian).Dominee berkata "Ya".Ahmed Deedat berkata "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa !!!" 
2. Kelahiran Ajaib :
  • Musa dan Muhammad dilahirkan secara normal dan alamiah iaitu melalui percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita tetapi Jesus diciptakan dengan sebuah keajaiban istimewa.Dalam Bible Matthew 1:18 "....sebelum mereka (Yusuf dan Mariam) hidup sebagai suami isteri,ternyata Mariam mengandung dari Roh Kudus..." Apabila berita gembira tersebut disampaikan kepada Mariam,dia berkata "...bagaimana hal itu mungkin terjadi sedangkan aku belum bersuami? Jawab malaikat itu kepadanya "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menegaskan engkau..."
  • Bukanlah menjadi keharusan bagi Allah untuk menanam benih pada seseorang atau binatang.Jika dia mengkehendakinya itu pasti akan terjadi.Ini adalah konsep umat Islam pada kelahiran Jesus.
  • Ahmed Deedat berkata kepada Dominee "Apakah benar kelahiran Jesus yang ajaib berlawanan dengan kelahiran Musa dan Muhammad yang alami ? Dominee menjawab dengan bangga "Ya".Ahmed Deedat : "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa !!!"
3. Ikatan Perkawinan
  • Musa dan Muhammad bernikah dan mempunyai anak tetapi Jesus tetap menjadi bujang sepanjang hidupnya."Apakah hal ini benar?" Dominee menjawab : " Ya".Ahmed Deedat : " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa".  
4. Bagaimana Mereka Pergi
  • Musa dan Muhammad mati dalam kewafatan yang wajar tetapi menurut  agama Kristan Jesus dengan kejam dibunuh di tiang salib."Apakah hal ini benar ? Dominee mnejawab "Ya".Ahmed Deedat : " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa"
5. Syurga Sebagai Tempat Kediaman
  • Musa dan Muhammad terbaring  dikubur dalam bumi tetapi menurut anda Jesus beristirehat di syurga."Apakah hal ini benar? " Dominee menjawab "Ya".Ahmed Deedat berkata " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa"
Akhir kata,Beliau seorang pendakwah yang hebat.Berani berdebat dalam sebuah dewan dimana Beliau seorang yang beragama Islam..SubhanaAllah  





Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Sunday 3 March 2013

Pray for Lahad Datu


Tuhan Bersama Anda


Dengan lafaz Bismillahhirraohmannirrhahimmmm..
Ya Allah..Selamat kan lah pejuang2 tanahair ku ....
berkati lah mereka...
permudahkanlah urusan mereka disana..
Jangan lah di gentar kan mereka...
berikan lah keberanian..semangat...kekuatan..kebijaksanaan..dan barakah pada mereka untuk menempuh situasi yg cemas ini...

Ya Allah...Ya Jabbar...Ya Rahimmm..Lindungi lah mereka....Andai mereka gugur..

izinkanlah mereka mati dalam islam dan senantiasa berzikir memuji muji Mu Ya Allah..dan semoga senantiasa berSHAHADAH senantiasa..Aminn Ya Allah....ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR !!!



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Cukup Cintai Dia Dalam Diam



Cukup cintai dia dalam diam
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin saja akan membawa kelalaian hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..

Menumbuhkan harapan hanya akan
Membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..

Cukup cintai dia dalam diam

Dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..


Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..

Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.



Jika kamu menyukai seseorang,usahlah memberitahu si dia,kelak kamu akan kecewa...
Jika kamu meminati seseorang,usahlah menunjukkan kepada si dia,kelak kamu akan derita...
Jika kamu berkenankan seseorang,usahlah meluahkan di wall kamu,kelak salah orang yang akan membacanya...
Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,marilah meminta daripada Allah, kerana Dia Maha Mendengar...
Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah,siapa tahu Dia mengerakkan hati kamu berdua dan meletakkan nama-nama kamu di Lauhul Mahfuz untuk dijodohkan...




Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 21 February 2013

Tak Seberapa Tapi Bermakna





Firstly..Nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada si dia sebab hadiahkan buku ni :)
Dan untuk pertama kali nya dapat hadiah buku yang macam ni..Sangat-sangat bermakna..Si dia macam tau2 ja Hajar suka baca buku motivasi..Bila buka hadiah ni hati terus rasa lain..Sukar digambarkan macam mana perasaan time tu..Apa-apa pn terima kasih sangat-sangat..Suka dengan hadiah ni..Confirm jaga baik punya buku nie..Hehehe..




Thank You Muhammad Shahir Mohmad Lamin :)


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Saturday 16 February 2013

Perubahan Dalam Hidup




.بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk diberi petunjukMu..Banyak perubahan dalam diri ini berbanding dulu..Aku lalai dalam mengejar ibadahMu,lalai dari melakukan amalanMu,lalai dari melakukan yang makruf..Ya Allah bertapa berdosanya aku..Ampunkanlah segala dosa aku Ya Allah..Bila pintu hati disentuh oleh seruanMu baru aku sedar bertapa ruginya selama ini aku endahkan segala amalanMu..Alangkah bagusnya jika aku sedar dari dulu..Sekurang-kurangnya aku takkan biarkan segala aurat aku terdedah kepada bukan muhrim bagi ku..Dibiarkan rambut dilihat oleh orang lain..Dari segi pakaian juga turut terdedah auratnya..Ampunkan aku Ya Allah..Aku banyak berdosa..Jika masa boleh putar semula takkan aku ulangi kesilpan lalu demi menjaga maruah aku sebagai kaum Hawa.Tak berhenti aku menangis depanMu Ya Allah kerana kesilapan aku yang lalu..

Dengan niat yang suci dari hati nurani ini..Aku ingin berubah..Aku ingin berubah ke arah jalanMu,jalan yang benar..Kuatkan lah semangat aku supaya aku dapat kekalkan perubah yang dilakukan..Peganglah hati ini..Jangan biarkan aku lalai seperti dulu Ya Allah..Bantu lah hambaMu ini walaupun sukar untuk aku lakukanya seorang diri..

Sekian lamanya hasrat untuk berubah berada dalam hati tetapi masih belum sempurna perubahan yang dilakukan dan kadang-kadang aku masih lalai dalam mengejar amalanMu..Kenapa ? ( aku masih terikut dengan kehidupan yang dulu dan tiada teguran ke atas aku ) Sukar bagi aku melakukan perubahan seorang diri..Sememangnya aku perlukan bantuan dariMu dan orang sekeliling aku..

Berikan aku kekuatan untuk tempuhi segalanya Ya Allah..

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung,
Seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun,
Dosa-dosa besar.



Mahabbah Al-Miqatu
"La Tahzan"



Kadang kala hati tertanya adakah amalan yang dilakukan selama ini diterima olehNya atau sebaliknya ?


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 14 February 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah




Wah..Wah..Wah ;)

Ternanti2 sapa la agaknya orang first yang akan bagi set ring macam nie..Mesti la my fiancee bukan my boyfriend oke..Harap maklum..Hehehe..Apa-apa pon tunggu 4 atau 5 tahun dari sekarang..InsyaAllah nanti sampai kad jemputan VIP punya..Hahaha..Sebab nya jodoh belum sampai dan jodoh itu rahsia Allah :) 

Bukan nya tak mau ada teman hidup tapi entah la..Susahnya nak terima..Kalau dulu bole ja bertahan status single tue tak kan sekarang tak boleh kan..Mesti bole up kan lebih lama status single tue,,Kan3..Hehe..


Aku tak suka bila ada orang yang pandai2 nak tolong adjust kan aku dekat somoene..Selalu nya nak tolong adjust dekat member..Sorry la walaupun dia dah ada bisnes sendiri,ada kereta sendiri tak bermakna aku akan jatuh hati dekat dia..Kalau perempuan lain mungkin ya sebab awak tue berharta..Tapi bagi saya so sorry..Tak berminat kalau setakat berharta tapi nak kan seseorang pon suruh orang lain yang tolong baik tak payah..Awal lagi reject sebab nampak sangat macam tak serius kan??...Tapi kita bole kawan :)


Ayah pon tiba2 bersuara "kalau nak cari cari yang kulit gelap biaq gelap asalkan nampak manis" Haaaaa nie yang buat aku tertanya2 nie..Tiba2 ayah bersuara padahal sebelum nie tak pernah pula ayah cakap apa2..Haishhh..Tapi ayat ayah tue kadang2 buat aku terfikir "Biar Gelap Asalkan Nampak Manis" Hehehe (arghhh Hajar jgn nak mengatal) Stop fikirkan benda yang macam tue..Amaran keras dari lubuk hati Hajar Aziz..Stoppppp.


Kata mak "belajar dulu bagi habis jangan nak gatal cari pakwe"...Alasan yg selalu aku bagi bila mak dah mula bagi ceramah terbaik punya "adik tak cari tapi dia yang datang sendiri" Hehehe..Tapi betul apa xkan aku nak cari..Perigi xkan cari timba..kan3? ;)


Untuk mak & ayah :- 


  • Buat masa sekarang adik tak dak sapa2..Mak & ayah jgn risau oke
  • Adik dengar nasihat mak & ayah 
  • So time study bole jatuh cinta tapi tak bole bercinta..Hehehe
  • Time dah keja bole jatuh cinta dan bole bercinta..Hahaha (Gedik)
  • Adik nak jadi anak yang baik dan terbaik untuk mak & ayah
  • Doakan kejayaan adik untuk masa yang akan datang


Sekadar buat koleksi dalam blog



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 12 February 2013

Babysitter



Sekian lama xjadi babysitter..So start hari nie sampai khamis keja nya mengasuh si Iffah..My nephew :)  Sebenarnya bukan senang nak jaga baby..Kesabaran kena kuat bila nak jaga baby..Bayangkan bangun seawal 6.30 pagi (Subuh) lepas tue tido balik sat..Hehehe..Dalam pukul 7 atau 8 pagi bila si Iffah dah bangun so kena la bangun sekali..Benda first yang kena buat bila si Iffah dah bangun..Bancuhkan dia punya susu..Dulu nak bancuh susu iffah pown xpandai..Hehehe..Tapi bila belajar dah mahir dah sekarang :) Lepas tue buka ja tv cita kartun bagi dia tengok sambil minum susu..Mak ngah dia pown time tue la start buat keja dalam rumah..Nasib baik Iffah dah semakin besar sekarang dia tak ganggu sangat bila nak buat keja..Baby yang baik mcm nie la :) Tapi kalau dia ganggu nampaknya terpaksa la bagi dia tido dulu lepas tue sambung buat keja balik..Time untuk Iffah makan..Time makan nie la kadang2 susah sikit..tak larat nak pujuk suruh makan sebab tue la kena ada kesabaran dan layan ja karenah dia..Nak bagi dia makan kena lari sana kena lari sini..Tak baik tau buli mak ngah..Penat..Tapi hakikatnya walaupun penat langsung tak rasa putus asa nak bagi dia makan,nak urus kan dia..Macam mana sekali pown kena uruskan dia sebab dia hanyalah budak2 yang masih belum faham dengan keadaan sekeliling dia..Sebab tue la banyak kes dera sekarang..Dimanakah kesabaran anda2 semua wahai manusia??? Arghh!!! tak sampai hati tengok baby kena dera..Sedih :'(  Lepas tue bagi Iffah mandi..Nak bagi Iffah mandi dulu pown takut tapi sekarang "Iffah jom mandi" :) Iffah selalunya akan tido lepas dia dah sudah mandi..Bila dia dah ngantok so masukkan ja dia dalam buai dan dodolkan..Bila Iffah dan tido masa untuk mak ngah nya uruskan diri sendiri pulak..Hehehe

Walaupun belum menjadi Ibu baru sekarang aku faham sebenarnya seorang Ibu sangatlah mulia dalam menjaga anaknya,dalam membesarkan anaknya..Walau sesukar mana sekali pown seorang Ibu tak pernah merungut malah terus tersenyum dengan karenah anaknya..

Perasaan untuk menjadi seorang Ibu timbul bila kita mula uruskan seseorang bayi..Tak caya cuba lah..Bole try kat rumah aktiviti nie sebab tak berbahaya pown..Hehehe

Selamat Mencuba ;)


Masa Untuk Melihat Dunia Sayang :)


My Nephew Nur Iffah Zara Binti Zukhairi 



Iffah Semakin Besar :)

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

PropaGanza



Dah jadi gosip sekarang aku dengan....tutttt.....Hehehe..Maaf terpaksa dirahsiakan..Tapi sapa yang tau tue memang tau la sapa orang yang dimaksudkan tue..Member kolej aku pown xhabis2 buat gosip aku dgn tuttt..Dia cakap muka kami nak sama,jodoh dekat dah tue,memang sesuai la apa la..ZZZzzzz..Adoei member aku sorang nie pown..Dah bagitau xdk feeling heart pown xcaya lagi..Im single oke..Hurmmm tapi rasa2 nya semua orang dah anggap kami nie cauple..Rasa2 nya la xpsti la betul ka dak..Tapi kalau xbetul orang xkan cakap..kan3 ;)  Agak2 sebab apa arh orang cakap kami nie mcm cauple?? Sbb aku rapat dengan dia ka?? I think no lar sebab bkn dgn dia ja aku rapat..Member lain pown aku rapat jgk..Confius2..Hehehe..Hurmmm tapi kan ada betul jgk ckp si dia hari tue,pandangan orang semua nya tue..Bukan senang nak lari dari gosip2 nie..Hehe..So sekarang aku malas dah arh nak ambik port biar ja la apa orang nak cakap klau dulu xsuka bila ada orang cakap cm tue tapi sekarang apa kata layan ja apa yang orang cakap xpown bt ja muka slumber mcm xdak apa2..Hahaha..So sekarang dah xkisah apa orang nak cakap sebab bila bgtau confirm pnya xkan percaya..Kan3?? Kalau aku pown xcaya jugak,suka jugak buat gosip2 mcm tue..Hehehe ;)  
 
Senyum lah kerana senyuman itu pengubat segala2nya :)

Paris Aku Datang !!!

Tolak tepi pandangan orang dan terus melangkah ke hadapan demi masa hadapan yang akan datang..InsyaAllah dengan izinNya :)


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You