>

belog

close window

Friday 7 November 2014

Shawl Labuh by S'HajarHijab


Assalammualaikum.....

Berbulan jugak kan menyepikan diri..hehe..sekarang im back.. :D

Selama meyepikan diri..dalam xsedar hajar dah terjebak dengan bisnes..yes dengan bisnes..nak tau bisnes apa ? Jom review picture kat bawah yeee..


Ni la bisnes hajar..nampak x picture tu..simple2 ja..sebenarnya hajar ni buat bisnes shawl..untuk sesuap nasi hajar buat la part time jual shawl..shawl ni handmade okay..hajar buat sendiri shawl ni..tengok kat bawah ae contoh shawl hajar

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon
Colour : Mustard
Size : M

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon
Colour : Cream
Size : M

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon
Colour : Purple
Size : M

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon ( Plain + Printed )
Colour : Orange & Maroon
Size : M

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon ( Plain + Printed )
Colour : Pink & Blue
Size : M

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon 
Colour : Cream
Size : M

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon 
Colour : Dark Purple
Size : M
( Shawl version bawal )
Ni la shawl handmade hajar..shawl labuh..selesa pulakk tu bila pkai..serius xrasa rimas & panas..rasa sejuk ja bila pakai..shawl ni juga tak jarang tauu..dan paling penting mudah dibentuk..klau susah bentuk confirm dah rimas kan..dalam hati dah mcm dok ckap..betul dak ? hehehe..Ni antara feedback dri customer hajar

Curve Shawl by : S'HajarHijab
Material : Chiffon 
Colour : Turqouise
Size : M

Feedback Customer :)

Dah selesai post ke Penang , Perak , Kuala Lumpur :)

Bila sis comey borong shawl..sekali 3 helai sis comey borong..
Colour : Mustard , Dark Grey , Pink
Saiz : M
Post to Langkawi



Berminat dengan shawl ni..bole tinggalkan comment dibawah yee.. :)
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 25 February 2014

Mengapa Tak Menangis ???



Deras air mata
Ketika sakit dan kecewa bersemai di dada
Layaknya bendungan yang tak bisa terbendung
Arus air itu semakin cepat meluncur
Ketika harapan berubah menjadi kebahagiaan yang tertunda.

Tapi
Mengapa air mata tak mudah menitis ?

Ketika kemaksiatan menjadi pemenuh catatan Tuhan S.W.T
Saat kebodohan terus kau pertahankan
Dan kemalasan terus kau simpan
Padahal malaikat sudah bosan mencatat kekuranganmu

Tanya lah pada hati, jasad dan akal
Mengapa air mata tak mahu keluar dari indahnya bola matamu ?
Apa ia tak mahu menjadi saksi penyesalanmu ?
Apa ia tak rela menghapus segala kekuranganmu ?
Bukankah air mata menjadi peringan timbangan kebodohanmu ?

Menangis lah
Ketika kau tak bisa menangis
Ketika air mata enggan menghampirimu
Ketika tak ada penyesalan akan kebodohanmu

Tersungkurlah dihadapan-Nya
Minta lah kebahagian yang indah dan begitu sederhana
Dengan hati, mata, akal dan jasad terus tertunduk kepada-Nya
Allah Azza wa jalla

Sumber : http://www.dakwatuna.com/



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 20 February 2014

Segmen Jom Beramah Mesra




Salam 1 Malaysia..Segmen terbaru kini dilancarkan..Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesam blogger..Yang tak kenal kini boleh berkenal-kenalan..Menambah rakan maya..Yang best nya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah..

Klik link dibawah untuk maklumat yang lengkap :
http://umikasum.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-beramah-mesra.html

Tarikh Tutup : 21.02.2014 
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 18 February 2014

Siapalah Kita DisisiNya ??



"Ya Allah..siapa lah aku disisiMu..siapa lah aku di dunia ini..siapa lah aku tanpa pengampunanMu..siapa lah aku tanpa redhaMu"

"Ujian yang datang tidak berhenti dariMu..tapi aku yakin ada hikmah disebaliknya cuma aku ingin meminta kuat kan lah semangat ini supaya aku dapat berdiri teguh menuju jalanMu Ya Allah..Aku juga manusia yang kadang kala nya lalai..Berikanlah aku kekuatan supaya aku sentiasa berada disisiMu..Berikanlah aku peluang untuk perbaiki segalanya"

"Hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..dunia sekarang semakin tua dan sukar untuk diramal fenomena alam..dunia yang dulu nya jauh berbeza dengan dunia yang sekarang..Nauzubillah..Kita boleh nampak dengan mata kasar apa yang telah terjadi pada dunia sekarang..Mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi olehNya..Amin"

Allahuakhbar

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Sunday 16 February 2014

Segmen Ramaikan Follower Raikan Ukhuwah



Moh join Palu-palu ;)
Masih belum terlambat untuk join segmen ini..tarikh tutup 28.02.2014..Alhamdulillah segmen ini dilanjutkan ke tarikh 28.02.2014 :) 

Maklumat lebih details pergi ke link dibawah..TQ :-
http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 11 February 2014

Wanita Akal Senipis Rambutnya



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat

nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah





Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Saturday 8 February 2014

Dahi Cecah Sajadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringlah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
Namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membalut tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya,
Sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya.

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu.

Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkal Tuhan.

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Kondominium, saham dan niaga.



Sumber : Ikim.FM ( Syair Dahi Cecah Sajadah )

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Monday 3 February 2014

Sembahyang Adalah Penawar Bagi Hati Yang Susah



" Ya Allah, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunan-Mu, pastilah ampunan-Mu jauh lebih besar "

Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan atau komunikasi antara hamba dengan Allah. Dalam hunbungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sahaja lah yang mendapat balasan yang baik dari sembahyang nya.

" Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang nya "  ( Al-Mukminun : 1-2)

Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemengat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan sembahyang yang khusyuk dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang palin baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah sembahyang. Sebab, sembahyang memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.

Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan sembahyang adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri ( taqarrub ) kepada Allah. Allah berfirman kepada Rasullah s.a.w :

" Pada sebahagian malam, bersembahyang tahajuddlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan TuhanMu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji " ( Al-Isra : 79 )

Dan Allah juga memuji orang-orang yang melaksanakan sembahyang malam

" Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam "  ( Az-Zariyat : 17 )

Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasullah s.a.w pernah masuk ke dalam masjid kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid maka beliau bertanya " Untuk apa tali ini ? " Mereka berkata " Tali ini milik Zainab. Jika dalam keadaan lemah ia berpegang pada tali ini " Rasullah bersabda " Buka lah tali ini. Sembahyang lah kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Jika lemah maka sembahahyang lah dalam keadaan duduk ".
 Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.

Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan sembahyang supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan.

P / S : Yakinlah kepada Allah jika anda benar. Bergembiralah menghadapi hari esok jika anda bertaubat. Kesabaran adalah kunci kebahagian
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 16 January 2014

Ujian Memandu



Tarik nafas panjang-panjang pastu hembus...haaaaaaa leganya rasa hati ini :) sebabnya aku dah lulus ujian memandu..hureyyy *sambil lompat angkat kaki buat peace..haha*..Alhamdulillah

Tambahan pula ni first ujian memandu dengan JPJ..Alhamdulillah sekali test ja aku dah lulus..terima kasih juga dekat pakcik yang ajar aku memandu tu :)

Kalau dah kata test dengan JPJ ni confirm punya hati berdebar..duduk pon xtentu arah..ketaQ pnya pasai kan..hehe..normal la tu..aku pon xsenang duduk juga tadi..tapi nak hilangkan rasa gemuruh tu..aku cakap dalam hati "hajar rileks jangan terlalu gelabah..rileksss..bt mcm xnmpak ja JPJ tu" sambil mulut tak berhenti beristifar..hilang la sikit rasa gemuruh tu..bukan senang nak tenangkan diri sendiri yang tengah gabra tu..nasib baik la lulus juga

Aku dapat no.16 so kena la tunggu tapi oke juga la dapat no.16 tu..xla lewat sangat nak test nanti..

First test naik bukit pastu parking last sekali 3 penjuru..bahagian tu dah lepas..lega dah untuk yang tu..tunggu plak untuk bahagian jalanraya yang paling-paling aku risau..sampai ja turn aku tengok-tengok dapat JPJ yang bagi taklimat sebelum mula tadi..dalam hati dok menjerit "perghhhh !!!! lega" hehehe sebabnya time dia bagi taklimat tadi nampak macam oke ja..sambil tu ckp dalam hati "minta-minta la dapat JPJ ni" xsangka dapat juga..hehe ;)

Bawa kereta untuk bahagian jalanraya pon xla rasa gemuruh sangat sebab dapat JPJ yang memang aku nak..hehehehe (^_^) terima kasih Encik JPJ sebab bagi saya lulus

 
Bahagian Bukit..Parking..3 Penjuru


Bahagian JalanRaya

P/S : Berhati-hati di jalan raya...
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 14 January 2014

Part Time Suri Rumah



Oke firstly nak ucap Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam :)

Perkara yg kedua plak..bila on FB ja semua orang update tentang KANGKUNG (-_-)
kangkung turun harga pon kecoh 1 Malaysia babe..aduhaiii..bak kata pepatah melayu la kan ayam bertelur riuh sekampung ( eh betul ka pepatah melayu aku nih..hehehe..yg ingat riuh sekampung ja ) oke xpa..abaikan tentang kangkung yang semakin hot tu

Perkara ketiga
Hari yang sangat memenatkan dan meletihkan..so so so tired..sebabnya bangun dari pagi tadi sampai la sekarang baru la bole berehat..rasa macam nak p dekat kerusi urut yang masukkan duit tu nak duduk situ biar dia urut..letih sangat..

Kalau nak dibangdingkan kerja dekat office dengan jadi part time suri rumah ni..suri rumah lagi memenatkan oke..mana dengan nak kemas rumah..nak basuh baju dalam masa yang sama nak kena uruskan si kecik mulut pot pet pot pet tu ( anak buah i si iffah zarra ) ingat bila dah petang bole la nk berehat sekejap tapi bole ingat ja la..ada lagi kerja yang nak kena uruskan..penat penat penat

Untuk hilangkan rasa penat tu kan..ini la kerja nya..jom tengok gambar kat bawah ;)

Hilangkan tekanan..jom makan dulu..Laksa Kuah Lemak..Made in Thailand..Terbaikk..yang warna merah hitam tu cili kering yang telah digoreng..Memang pedas

Fresh dari pokok..nyummy

Akhir sekali dessert untuk minum petang..sedap bila disejukkan dan dicampurkan dengan bahan-bahan nya..buah yang warna putih tu terlupa la apa nama dia..hehe

Dessert ni aku dapat resepi dari rancangan tv Rasa Halal Antarabangsa || Astro Oasis

Untuk pertama kali nya aku bt dessert macam ni my mom cakap sedap #DalamHatiBerbunga-bunga# hehe..tapi dessert yang simple macam ni anak buah i pon bole buat..xpa la sekurang-kurangnya aku tengah cuba belajar memasak..MEMASAK oke :)

# Semoga suatu hari nanti aku dapat buat masakan yang paling sedap untuk orang tersayang :)

Good Morning..ZzZzZzZzZzZzZzZz
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Friday 3 January 2014

AHLAN WASAHLAN 2014


Bila dah masuk tahun baru semua nak baru..betul ?

Tak semuanya mesti baru bila tiba tahun baru..apa yang penting niat mesti betul..niat lah keranaNya bila niat kita betul InShaAllah semuanya akan dipemudahkan olehNya..

Setiap orang mesti ada azam yang tersendiri bila tiba tahun baru..tapi itu semua terpulang kepada individu itu sendiri apa yang mereka niat/azam untuk tahun baru..

 Niat/azam lah untuk terus dibukakan pintu hati kita supaya kita lebih dekat dengan Sang Pencipta..semoga kita dapat hidayahNya suatu hari nanti..semoga kita dapat pengampunan dariNya..semoga kita dapat menuju ke jalan Allah..mudah-mudahan kita diberkati olehNya..Aaaammmiinnnn

Ahlan Wasahlan 2014 :)


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You