>

belog

close window

Tuesday 25 February 2014

Mengapa Tak Menangis ???



Deras air mata
Ketika sakit dan kecewa bersemai di dada
Layaknya bendungan yang tak bisa terbendung
Arus air itu semakin cepat meluncur
Ketika harapan berubah menjadi kebahagiaan yang tertunda.

Tapi
Mengapa air mata tak mudah menitis ?

Ketika kemaksiatan menjadi pemenuh catatan Tuhan S.W.T
Saat kebodohan terus kau pertahankan
Dan kemalasan terus kau simpan
Padahal malaikat sudah bosan mencatat kekuranganmu

Tanya lah pada hati, jasad dan akal
Mengapa air mata tak mahu keluar dari indahnya bola matamu ?
Apa ia tak mahu menjadi saksi penyesalanmu ?
Apa ia tak rela menghapus segala kekuranganmu ?
Bukankah air mata menjadi peringan timbangan kebodohanmu ?

Menangis lah
Ketika kau tak bisa menangis
Ketika air mata enggan menghampirimu
Ketika tak ada penyesalan akan kebodohanmu

Tersungkurlah dihadapan-Nya
Minta lah kebahagian yang indah dan begitu sederhana
Dengan hati, mata, akal dan jasad terus tertunduk kepada-Nya
Allah Azza wa jalla

Sumber : http://www.dakwatuna.com/



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Thursday 20 February 2014

Segmen Jom Beramah Mesra




Salam 1 Malaysia..Segmen terbaru kini dilancarkan..Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesam blogger..Yang tak kenal kini boleh berkenal-kenalan..Menambah rakan maya..Yang best nya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah..

Klik link dibawah untuk maklumat yang lengkap :
http://umikasum.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-beramah-mesra.html

Tarikh Tutup : 21.02.2014 
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 18 February 2014

Siapalah Kita DisisiNya ??



"Ya Allah..siapa lah aku disisiMu..siapa lah aku di dunia ini..siapa lah aku tanpa pengampunanMu..siapa lah aku tanpa redhaMu"

"Ujian yang datang tidak berhenti dariMu..tapi aku yakin ada hikmah disebaliknya cuma aku ingin meminta kuat kan lah semangat ini supaya aku dapat berdiri teguh menuju jalanMu Ya Allah..Aku juga manusia yang kadang kala nya lalai..Berikanlah aku kekuatan supaya aku sentiasa berada disisiMu..Berikanlah aku peluang untuk perbaiki segalanya"

"Hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..dunia sekarang semakin tua dan sukar untuk diramal fenomena alam..dunia yang dulu nya jauh berbeza dengan dunia yang sekarang..Nauzubillah..Kita boleh nampak dengan mata kasar apa yang telah terjadi pada dunia sekarang..Mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi olehNya..Amin"

Allahuakhbar

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Sunday 16 February 2014

Segmen Ramaikan Follower Raikan Ukhuwah



Moh join Palu-palu ;)
Masih belum terlambat untuk join segmen ini..tarikh tutup 28.02.2014..Alhamdulillah segmen ini dilanjutkan ke tarikh 28.02.2014 :) 

Maklumat lebih details pergi ke link dibawah..TQ :-
http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 11 February 2014

Wanita Akal Senipis Rambutnya



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat

nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah





Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Saturday 8 February 2014

Dahi Cecah Sajadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringlah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
Namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membalut tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya,
Sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya.

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu.

Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkal Tuhan.

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Kondominium, saham dan niaga.



Sumber : Ikim.FM ( Syair Dahi Cecah Sajadah )

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Monday 3 February 2014

Sembahyang Adalah Penawar Bagi Hati Yang Susah



" Ya Allah, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunan-Mu, pastilah ampunan-Mu jauh lebih besar "

Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan atau komunikasi antara hamba dengan Allah. Dalam hunbungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sahaja lah yang mendapat balasan yang baik dari sembahyang nya.

" Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang nya "  ( Al-Mukminun : 1-2)

Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemengat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan sembahyang yang khusyuk dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang palin baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah sembahyang. Sebab, sembahyang memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.

Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan sembahyang adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri ( taqarrub ) kepada Allah. Allah berfirman kepada Rasullah s.a.w :

" Pada sebahagian malam, bersembahyang tahajuddlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan TuhanMu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji " ( Al-Isra : 79 )

Dan Allah juga memuji orang-orang yang melaksanakan sembahyang malam

" Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam "  ( Az-Zariyat : 17 )

Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasullah s.a.w pernah masuk ke dalam masjid kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid maka beliau bertanya " Untuk apa tali ini ? " Mereka berkata " Tali ini milik Zainab. Jika dalam keadaan lemah ia berpegang pada tali ini " Rasullah bersabda " Buka lah tali ini. Sembahyang lah kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Jika lemah maka sembahahyang lah dalam keadaan duduk ".
 Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.

Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan sembahyang supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan.

P / S : Yakinlah kepada Allah jika anda benar. Bergembiralah menghadapi hari esok jika anda bertaubat. Kesabaran adalah kunci kebahagian
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You