>

belog

close window

Thursday 31 January 2013

30/01/2013



Pertama kali dalam hidup lelaki mintak maaf bukan hanya sekadar "ala sorry ar" dan bukan sekadar maaf dimulut tetapi ternyata jelas nampak melalui mata dan hati nya..Setiap susunan ayat yang dikeluarkan melalui mulut nya penuh dengan makna dan penuh dengan tanda penyesalan..Semua nya jelas dan boleh nampak mata nya bergenang dengan air mata..Ternyata dia betul-betul ihklas meminta maaf dan membuatkan hati ini terharu dengan cara nya meminta maaf..Tersentuh hati ini bila nampak mata nya bergelinang dengan air mata..Sayu nya hati tetapi tetap kuatkan semangat sebab nak tengok ending nya macam mana..Ternyata ending yang menarik dan menyebabkan hati ini terus ingin memaafkan nya..Syabas untuk anda sebab telah berjaya mencipta rekod dalam hidup saya..Awak lah lelaki yang pertama meminta maaf dengan menggunakan cara yang sangat-sangat menyentuh hati seorang perempuan..Terharu sangat  (T_T) 

Orang puji keberanian dia meminta maaf secara depan-depan walaupun pada mulanya susah nak dimulakan tetapi akhirnya dia berjaya meminta maaf..Untuk pertama kali nya orang jumpa lelaki macam dia..First time dalam hidup..Bangga dapat kenal lelaki macam dia sebelum nie xpenah pown kenal atau berkawan dengan lelaki yang macam dia..Banyak perkara yang orang rasakan first time dengan dia yang orang rasakan benda tue xkan sesekali berlaku tetapi bila kenal dengan dia benda yang orang xpenah harapkan dengan lelaki lain akhirnya dengan dia benda tue berlaku..Contohnya cara dia mintak maaf,cara dia tegur kesalahan orang,cara dia bagi nasihat dekat orang dan yang paling orang perasan cara dia layan orang..ahakzss!! ;) Apa2 pown orang mesra bila kenal dengan dia rasa senang bila dengan dia dan orang suka dia :)


Harap kita bole bersahabat baik  dan bole jadi yang terbaik..Hehehe 


Saya Siti Hajar Abdul Aziz memaafkan semua kesalahan awak Muhammad Shahir Mohmad Lamin :)




Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 29 January 2013

Hati FT Perasaan VS Emosi



Seseorang lelaki yang memahami seseorang wanita hanya akan muncul pada diri seseorang wanita itu apabila wanita itu bersedia menerima hakikat bukan menjauhi nya..Bersedia memahami nya bukan memberi alasan pada nya..Bersedia menerima nya seadanya bukan menerima nya kerana paras rupa..Hati wanita ini lembut tetapi keras pada pegangan nya..Seelok-eloknya redha dan pasrah..Setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah..Mungkin bukan seseorang itu jodoh kita maka Allah jauhkan perhubungan itu..Suatu hari nanti pasti Allah akan memberi yang terbaik untuk kita..Terima lah ia jangan jauhi nya..Kerana jodoh itu adalah rahsia dari Allah.

Jangan selalu sama kan seseorang dengan seseorang yang lain sebab suatu hari nanti diri akan terseksa disebabkan kedegilan diri sendiri  #nasihat from someone#



  • Bukan senang perasaan itu nak datang tapi sudah datang tiba masa hindarkan nya pergi.
  • Kalau la perasaan itu boleh dikawal supaya perasaan itu tidak boleh dihindarkan dan dibiarkan ia pergi begitu sahaja........

Mesej yang sangat-sangat lah tersentuh hati dan membuat kan aku terfikir banyak kali...Fikir !! Fikir !! Fikir !! Sampai aku sendiri tak pasti dengan situasi sekarang..Perasaan apa kah ini??? #keliru# Susah nya bila hati dah mula bermain dengan perasaan dan perasaan mula bermain dengan emosi....





Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Friday 25 January 2013

Perempuan Dengan Make-Up



Boleh dikatakan 99% perempuan suka dengan make-up termasuk lah aku..hehehe..Bohong la kalau aku cakap xsuka make-up tapiiiii walaupun suka tue tak bermaksud aku minat dengan make-up..Jangan salah faham disitu ya :) 

Pada pendapat aku la kan..Bila perempuan make-up memang la cantik tengok tapi hakikat nya tak semulajadi..Aku lebih suka tengok muka perempuan yang semulajadi tanpa make-up..Perempuan yang dah biasa dengan make-up bila x tacap mula la gelabah kan tak dak keyakinan diri la bila tak make-up muka nampak pucat la apa-apa ja lah..Rasa cam nak bagi ceramah ja kat perempuan2 yang macam tue...Geram ja dengar tapi tue lah lain orang lain cara nya..tak boleh nak buat apa jugak..

Aku sebenarnya tak suka perempuan make-up nie dan aku tak akan rasa bangga kalau ada kawan yang suka make-up..Bila make-up semua nya nampak cantik tak dak yang tak cantik kan tapi kalau perempuan yang make-up,kat muka bukan main nampak putih ja tapi dekat leher dengan tangan jauh pulak beza..nak tergelak pown ada tengok perempuan yang macam nie..hahhaha..Bukan nak hina tapi kalau ya pown jangan la bagi nampak sangat perbezaan tue..Tak pulak rasa malu kalau macam tue..haiiisshhh..Macam2 :D hahaha

Bila tengok orang make-up rasa teringin ja tapi bila fikir balik tak boleh..Plastik semua tue..Lebih baik gunakan air wudhuk sebagai bahan penyeri muka..Kan bagus macam tue :) dah boleh jimat duit dah dari segi make-up..Barang make-up bukan nya murah harga boleh tahan juga kalau boleh dapat dalam seringgit dua ringgit xpa la jugak..

Kalau time kawen nanti tak payah make-up xpa dak..hahahaha..Tak cantik la kalau make-up..Dah la make-up tebal sah tak cantik..kan? Tapi ada ka orang tak make-up kalau time bersanding lelaki pown make-up nie kan pulak perempuan..hahahaha (apahal tetiba masuk bab kawen pulak nie..ting tong) :D

Lain orang lain pandangan nya :
  • Perempuan ada yang suka make-up dan ada yang tak suka
  • Lelaki ada yang suka perempuan make-up dan tak suka yang make-up


Tertakluk kepada terma dan syarat...Hahahaha

Sekian,
Assalamualaikum :)

Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Tuesday 22 January 2013

Balik Kampung


Hurayyyyy !!! akhirnya nak balik kampung..packing baju siap2 malam nie esok habis kelas terus balik..tapiiii kena naik bas la pulakkk..naik bas pown naik bas la janji bole balik..sebelum nie asyik pangkah kalendar ja dok tunggu time balik..besok bole jugak balik..hehehehe..nak balik jumpa The Aziz Family..hehehe..peace :)


mak dengan iffah


kakak dengan iffah


ha yg nie mak ngah dia la dengan iffah..hehe

ketua keluarga dan bakal menjadi wali kepada anak dia yang sorang nie xlama lagi..hehehe..insyaAllah..ayah dengan iffah



abang ipar dengan iffah

gambar adik aku xdk la pulakkk...xpa nnti2 ja upload gmbaq dia..hehehe..

Sekian...nie ja yg sempat sbb mata dh mengantuk lgi 1 sbb nak ambk mood awai nk balik bercuti..tido..hahaha..Assalamualaikum :)
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You