>

belog

close window

Saturday 23 March 2013

Adakah mimpi sekadar mainan tidur ?




Dah 2 kali aku mimpi yang macam ni..Persoalan nya adakah sekadar mainan tidur atau sebaliknya ? Keliru...........

Mimpi yang pertama ada sorang akak tu berkali2 bagi nasihat jangan sesekali tinggal solat..Berulang kali akak tu ulang ayat yang sama "Jangan sesekali tinggal solat" sampai aku terjaga dari tidur.....................


Mimpi yang kedua disatu tempat dipenuhi dengan orang..Tak kira kanak-kanak mahupun dewasa..Semuanya berpakaian menutup aurat..Wanita berpakaian serba lengkap menutupi auratnya..Contohnya seperti bertudung labuh,berjubah dan memakai purdah..Bukan saja wanita dewasa berpakaian macam tu malah kanak-kanak juga berpakaian macam tu..Semuanya berpakaian warna putih..Ditempat tu semuanya memandang ke arah aku..Sedangkan ketika itu aku berpakaian menutup aurat tetapi hanya 1 yang aku xtutup iaitu kaki..Aku xpkai stoking..Aku xtutup aurat kaki..Disebabkan semua memerhatikan aku kerana sebahagian aurat aku yang tak tertutup..Aku merasa seolah-olah diri ini berbogel tanpa seurat benang..Malunya aku ketika itu Tuhan saja yang tahu.................# terjaga dari tidur #


Ya Allah...adakah mimpi yang ditunjukkan ini hanya mainan tidur atau sebaliknya ??? Aku keliru dan perlukan penjelasan


-Siti Hajar Abdul Aziz-







Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Saturday 9 March 2013

Proud with AHMED DEEDAT







Sheikh Ahmed Hussein Deedat..Dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma,tawadhuk dan bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah Kristian.

Antara tajuk debat yang paling aku suka :

Lapan Hujah Yang Tidak Dapat Dibantah

1. Ayah dan Ibu :
  •  "Musa mempunyai seorang ayah dan ibu.Muhammad juga mempunyai seoarang ayah dan ibu tetapi Jesus hanya mempunyai seorang ibu dan ayahnya bukan seorang manusia.Apakah hal ini benar ?" tanya Ahmed Deedat kepada Dominee (ahli debat Kristian).Dominee berkata "Ya".Ahmed Deedat berkata "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa !!!" 
2. Kelahiran Ajaib :
  • Musa dan Muhammad dilahirkan secara normal dan alamiah iaitu melalui percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita tetapi Jesus diciptakan dengan sebuah keajaiban istimewa.Dalam Bible Matthew 1:18 "....sebelum mereka (Yusuf dan Mariam) hidup sebagai suami isteri,ternyata Mariam mengandung dari Roh Kudus..." Apabila berita gembira tersebut disampaikan kepada Mariam,dia berkata "...bagaimana hal itu mungkin terjadi sedangkan aku belum bersuami? Jawab malaikat itu kepadanya "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menegaskan engkau..."
  • Bukanlah menjadi keharusan bagi Allah untuk menanam benih pada seseorang atau binatang.Jika dia mengkehendakinya itu pasti akan terjadi.Ini adalah konsep umat Islam pada kelahiran Jesus.
  • Ahmed Deedat berkata kepada Dominee "Apakah benar kelahiran Jesus yang ajaib berlawanan dengan kelahiran Musa dan Muhammad yang alami ? Dominee menjawab dengan bangga "Ya".Ahmed Deedat : "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa !!!"
3. Ikatan Perkawinan
  • Musa dan Muhammad bernikah dan mempunyai anak tetapi Jesus tetap menjadi bujang sepanjang hidupnya."Apakah hal ini benar?" Dominee menjawab : " Ya".Ahmed Deedat : " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa".  
4. Bagaimana Mereka Pergi
  • Musa dan Muhammad mati dalam kewafatan yang wajar tetapi menurut  agama Kristan Jesus dengan kejam dibunuh di tiang salib."Apakah hal ini benar ? Dominee mnejawab "Ya".Ahmed Deedat : " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa"
5. Syurga Sebagai Tempat Kediaman
  • Musa dan Muhammad terbaring  dikubur dalam bumi tetapi menurut anda Jesus beristirehat di syurga."Apakah hal ini benar? " Dominee menjawab "Ya".Ahmed Deedat berkata " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa"
Akhir kata,Beliau seorang pendakwah yang hebat.Berani berdebat dalam sebuah dewan dimana Beliau seorang yang beragama Islam..SubhanaAllah  





Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Sunday 3 March 2013

Pray for Lahad Datu


Tuhan Bersama Anda


Dengan lafaz Bismillahhirraohmannirrhahimmmm..
Ya Allah..Selamat kan lah pejuang2 tanahair ku ....
berkati lah mereka...
permudahkanlah urusan mereka disana..
Jangan lah di gentar kan mereka...
berikan lah keberanian..semangat...kekuatan..kebijaksanaan..dan barakah pada mereka untuk menempuh situasi yg cemas ini...

Ya Allah...Ya Jabbar...Ya Rahimmm..Lindungi lah mereka....Andai mereka gugur..

izinkanlah mereka mati dalam islam dan senantiasa berzikir memuji muji Mu Ya Allah..dan semoga senantiasa berSHAHADAH senantiasa..Aminn Ya Allah....ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR !!!



Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

Cukup Cintai Dia Dalam Diam



Cukup cintai dia dalam diam
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin saja akan membawa kelalaian hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..

Menumbuhkan harapan hanya akan
Membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..

Cukup cintai dia dalam diam

Dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..


Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..

Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.



Jika kamu menyukai seseorang,usahlah memberitahu si dia,kelak kamu akan kecewa...
Jika kamu meminati seseorang,usahlah menunjukkan kepada si dia,kelak kamu akan derita...
Jika kamu berkenankan seseorang,usahlah meluahkan di wall kamu,kelak salah orang yang akan membacanya...
Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,marilah meminta daripada Allah, kerana Dia Maha Mendengar...
Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah,siapa tahu Dia mengerakkan hati kamu berdua dan meletakkan nama-nama kamu di Lauhul Mahfuz untuk dijodohkan...




Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You