>

belog

close window

Sunday 3 March 2013

Cukup Cintai Dia Dalam Diam



Cukup cintai dia dalam diam
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin saja akan membawa kelalaian hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..

Menumbuhkan harapan hanya akan
Membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..

Cukup cintai dia dalam diam

Dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..


Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..

Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.



Jika kamu menyukai seseorang,usahlah memberitahu si dia,kelak kamu akan kecewa...
Jika kamu meminati seseorang,usahlah menunjukkan kepada si dia,kelak kamu akan derita...
Jika kamu berkenankan seseorang,usahlah meluahkan di wall kamu,kelak salah orang yang akan membacanya...
Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,marilah meminta daripada Allah, kerana Dia Maha Mendengar...
Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah,siapa tahu Dia mengerakkan hati kamu berdua dan meletakkan nama-nama kamu di Lauhul Mahfuz untuk dijodohkan...




Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..Sila tinggalkan komen anda disini..Terima Kasih