>

belog

close window

Saturday 9 March 2013

Proud with AHMED DEEDAT







Sheikh Ahmed Hussein Deedat..Dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma,tawadhuk dan bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah Kristian.

Antara tajuk debat yang paling aku suka :

Lapan Hujah Yang Tidak Dapat Dibantah

1. Ayah dan Ibu :
  •  "Musa mempunyai seorang ayah dan ibu.Muhammad juga mempunyai seoarang ayah dan ibu tetapi Jesus hanya mempunyai seorang ibu dan ayahnya bukan seorang manusia.Apakah hal ini benar ?" tanya Ahmed Deedat kepada Dominee (ahli debat Kristian).Dominee berkata "Ya".Ahmed Deedat berkata "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa !!!" 
2. Kelahiran Ajaib :
  • Musa dan Muhammad dilahirkan secara normal dan alamiah iaitu melalui percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita tetapi Jesus diciptakan dengan sebuah keajaiban istimewa.Dalam Bible Matthew 1:18 "....sebelum mereka (Yusuf dan Mariam) hidup sebagai suami isteri,ternyata Mariam mengandung dari Roh Kudus..." Apabila berita gembira tersebut disampaikan kepada Mariam,dia berkata "...bagaimana hal itu mungkin terjadi sedangkan aku belum bersuami? Jawab malaikat itu kepadanya "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menegaskan engkau..."
  • Bukanlah menjadi keharusan bagi Allah untuk menanam benih pada seseorang atau binatang.Jika dia mengkehendakinya itu pasti akan terjadi.Ini adalah konsep umat Islam pada kelahiran Jesus.
  • Ahmed Deedat berkata kepada Dominee "Apakah benar kelahiran Jesus yang ajaib berlawanan dengan kelahiran Musa dan Muhammad yang alami ? Dominee menjawab dengan bangga "Ya".Ahmed Deedat : "Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa !!!"
3. Ikatan Perkawinan
  • Musa dan Muhammad bernikah dan mempunyai anak tetapi Jesus tetap menjadi bujang sepanjang hidupnya."Apakah hal ini benar?" Dominee menjawab : " Ya".Ahmed Deedat : " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa".  
4. Bagaimana Mereka Pergi
  • Musa dan Muhammad mati dalam kewafatan yang wajar tetapi menurut  agama Kristan Jesus dengan kejam dibunuh di tiang salib."Apakah hal ini benar ? Dominee mnejawab "Ya".Ahmed Deedat : " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa"
5. Syurga Sebagai Tempat Kediaman
  • Musa dan Muhammad terbaring  dikubur dalam bumi tetapi menurut anda Jesus beristirehat di syurga."Apakah hal ini benar? " Dominee menjawab "Ya".Ahmed Deedat berkata " Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa"
Akhir kata,Beliau seorang pendakwah yang hebat.Berani berdebat dalam sebuah dewan dimana Beliau seorang yang beragama Islam..SubhanaAllah  





Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..Sila tinggalkan komen anda disini..Terima Kasih