>

belog

close window

Monday 3 February 2014

Sembahyang Adalah Penawar Bagi Hati Yang Susah



" Ya Allah, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunan-Mu, pastilah ampunan-Mu jauh lebih besar "

Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan atau komunikasi antara hamba dengan Allah. Dalam hunbungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sahaja lah yang mendapat balasan yang baik dari sembahyang nya.

" Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang nya "  ( Al-Mukminun : 1-2)

Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemengat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan sembahyang yang khusyuk dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang palin baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah sembahyang. Sebab, sembahyang memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.

Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan sembahyang adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri ( taqarrub ) kepada Allah. Allah berfirman kepada Rasullah s.a.w :

" Pada sebahagian malam, bersembahyang tahajuddlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan TuhanMu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji " ( Al-Isra : 79 )

Dan Allah juga memuji orang-orang yang melaksanakan sembahyang malam

" Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam "  ( Az-Zariyat : 17 )

Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasullah s.a.w pernah masuk ke dalam masjid kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid maka beliau bertanya " Untuk apa tali ini ? " Mereka berkata " Tali ini milik Zainab. Jika dalam keadaan lemah ia berpegang pada tali ini " Rasullah bersabda " Buka lah tali ini. Sembahyang lah kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Jika lemah maka sembahahyang lah dalam keadaan duduk ".
 Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.

Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan sembahyang supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan.

P / S : Yakinlah kepada Allah jika anda benar. Bergembiralah menghadapi hari esok jika anda bertaubat. Kesabaran adalah kunci kebahagian
Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..Sila tinggalkan komen anda disini..Terima Kasih