>

belog

close window

Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu




SELAMAT HARI IBU

21 tahun aku dibesarkan oleh mak,
21 tahun aku diberikan kasih sayang oleh mak,
21 tahun aku di didik oleh mak,

Mak,
Walaupun sebelum ni adik pernah buat mak menangis,
Adik pernah buat mak terguris dengan kata-kata adik,
Adik pernah tinggi kan suara bila bercakap dengan mak,
Adik pernah tak bertegur sapa dengan mak untuk beberapa hari,
Dan adik pernah keluar rumah tanpa pengetahuan mak,
Maafkan adik mak.

Mak,
Kalau la masa boleh diundur semula,
Adik xmau buat semua macam tu dekat mak,
Adik banyak bersalah dengan mak,
Adik langsung tak terfikir apa yang adik buat dulu semuanya berdosa,
Maafkan adik mak.

Mak,
Baru sekarang adik sedar,
Bertapa mulia nya seorang ibu,
Bertapa susah nya mendidik seorang anak,
Bertapa susah nya nak membesarkan seorang anak yang pelbagai karenah nya,
Bertapa perit nya mak menahan kesakitan bila melahirkan adik,
Adik boleh rasa bertapa sakit nya time tu,
Maafkan adik mak.

Mak,
Sebenarnya adik bangga mak jadi ibu adik,
Walaupun sebelum ni mak hidup dengan agama mak,
Tapi selepas bertemu nya mak dengan ayah,
Mak berusaha hidup cara Islam,
Mak berusaha belajar tentang Islam,
Walaupun ada yang tak suka mak dulu,
Tapi mak tabah,
Mak cuba bertahan,bertahan dan bertahan,
Sampai sekarang mak mampu didik kami,
Adik sayang mak.

Adik sayang mak.
Mrs Saowanee Chaimongkhon @ Sawanee Abdullah


Aku bukan malaikat,
Aku hanya lah manusia biasa,
Aku hanya lah insan yang lemah,
Aku hanya lah pendosa tanpa noktah.


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..Sila tinggalkan komen anda disini..Terima Kasih