>

belog

close window

Saturday 16 February 2013

Perubahan Dalam Hidup




.بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk diberi petunjukMu..Banyak perubahan dalam diri ini berbanding dulu..Aku lalai dalam mengejar ibadahMu,lalai dari melakukan amalanMu,lalai dari melakukan yang makruf..Ya Allah bertapa berdosanya aku..Ampunkanlah segala dosa aku Ya Allah..Bila pintu hati disentuh oleh seruanMu baru aku sedar bertapa ruginya selama ini aku endahkan segala amalanMu..Alangkah bagusnya jika aku sedar dari dulu..Sekurang-kurangnya aku takkan biarkan segala aurat aku terdedah kepada bukan muhrim bagi ku..Dibiarkan rambut dilihat oleh orang lain..Dari segi pakaian juga turut terdedah auratnya..Ampunkan aku Ya Allah..Aku banyak berdosa..Jika masa boleh putar semula takkan aku ulangi kesilpan lalu demi menjaga maruah aku sebagai kaum Hawa.Tak berhenti aku menangis depanMu Ya Allah kerana kesilapan aku yang lalu..

Dengan niat yang suci dari hati nurani ini..Aku ingin berubah..Aku ingin berubah ke arah jalanMu,jalan yang benar..Kuatkan lah semangat aku supaya aku dapat kekalkan perubah yang dilakukan..Peganglah hati ini..Jangan biarkan aku lalai seperti dulu Ya Allah..Bantu lah hambaMu ini walaupun sukar untuk aku lakukanya seorang diri..

Sekian lamanya hasrat untuk berubah berada dalam hati tetapi masih belum sempurna perubahan yang dilakukan dan kadang-kadang aku masih lalai dalam mengejar amalanMu..Kenapa ? ( aku masih terikut dengan kehidupan yang dulu dan tiada teguran ke atas aku ) Sukar bagi aku melakukan perubahan seorang diri..Sememangnya aku perlukan bantuan dariMu dan orang sekeliling aku..

Berikan aku kekuatan untuk tempuhi segalanya Ya Allah..

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung,
Seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun,
Dosa-dosa besar.



Mahabbah Al-Miqatu
"La Tahzan"



Kadang kala hati tertanya adakah amalan yang dilakukan selama ini diterima olehNya atau sebaliknya ?


Terima Kasih sudi melawat..Jangan lupa follow..Thank You

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..Sila tinggalkan komen anda disini..Terima Kasih